Selasa, 21 Oktober 2014

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT ....

Hari Kiamat
Hari Kiamat merupakan Hari Pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi ini. Hari kiamat merupakan hari di mana semua manusia dihimpunkan dari seawal-awal kelahiran iaitu manusia semenjak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusia yang paling akhir sekali dijadikan dan dimatikan oleh Allah. Pada hari itu juga manusia dihisab amalannya, Hari Kiamat adalah sesuatu perkara yang benar sebagaimana benarnya bahawa setiap manusia akan mati.

Al-Quran banyak menyebut tentang Kiamat itu sebagaimana yang disebut dalam surah al-Hajj:7 bermaksud: “Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti akan datang, tidak ada keraguan padanya…”


Dalam ayat lain Allah berfirman: “Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada pada keduanya, melainkan dengan benar, dan sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang, maka maafkanlah mereka dengan cara yang baik” (al-Hijr:85)

Remaja semua, mari kita fikir sejenak tentang tanda-tanda kecil menunjukkan hampirnya kiamat berdasarkan hadis sahih Nabi s.a.w dengan melihat realiti hidup kita serta kejadian berlaku pada manusia ketika ini.

Antara Tanda-Tanda Kecil Kiamat Berdasarkan Hadis:
Penaklukan Baitulmaqdis
Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)

Zina Berleluasa
Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai.
Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang”(Sahih Muslim)

Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. 
 Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)

Menghias Masjid dan Membanggakannya
Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( H.R Nasai)

Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)

Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)

Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)

Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.”(H.R Ahmad)

Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”

Bulan Sabit Kelihatan Besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)

Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)

Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)

Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)


Demikianlah sebahagian daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya hari kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara. Andai kita seorang remaja, jadilah remaja yang bijak, baik hati, ingat Tuhan dan berbakti

SUMBER : 

Isnin, 18 Ogos 2014

sebuah kebahgiaan .....

KEBANYANKAN  WANITA PASTI MENDAMBAKAN SEORANG LELAKI YANG BUKA SAHAJA TAMPAN TETAPI BERPENDIDIKAN TINGGI , SERTA BERKERJAYA HEBAT UNTUK DI ANGKAT SEBAGAI SUAMI . ALASAN NYA KEHIDUPAN PASTI TERJAMIN SETELAH BERKAWIN . IBU BAPA PULA LEGA UNTUK MELEPASKAN ANAK GADISNYA KEPADA LELAKI YANG MEMPUNYAI CIRI - CIRI TERSEBUT :


nama aku emy ,
aku pula bukan jenis seperti itu kerana bagi aku apa yg aku mahukan hanyalah seorang lelaki yang mampu membimbing aku ke syurga .. bkn hanya membimbing aku , malah menghormati serta menyayangi ku , ibu bapa ku sert ahli keluargaku ... kerana ahli keluarga tiada ganti nya ... lagi2 ibu yang melahirkan aku ... pada aku cukup lah lelaki yg berkerjaya sederhana asalkan kami bahgia dunia & akhirat ... aku berjumpa seorang jejaka bernama haikal ... akhirnya aku di takdirkan bertemu jodoh bersama nye . dia ketegori lelaki berpendapatan sederhana . aku beroleh kehidupan yang harmoni dan indah bersama suami pilihanku . haikal pandai mengambil hatiku & insan-insan yang aku aku sayangi ... seorang lelaki bertanggung jawab & sering membuat aku tersenyum bahagi menikmati alam berumah tangga . alhamdulillah kehidupan aku bertambah indah & bermakna apabila aku di kurniakan cahaya mata " sepasang anak kembar " yang akan melengkapi keindahan di dalam perkhawinan kami .... saat aku mengandung , melahirkan dan melihat anak membesar depan mata bersama suami merupakan nikmat yang sangat bahagia yg bukan sahaja di rsai oleh aku , rupannya ini lah perasaan semasa ibu kita melahirkan kita n titisan air mata seorang ayah menyambut kehadiran kita .... 


dalam saat anak kami membesar , haikal ingin mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringakat lebih tinggi . kata nya ingin menambahkan pendapatan keluarga . ingin naik pangkat bagi menjamin kehidupan bersama .... maklum lah sara hidup di bandar semakin menigkat .... tp itu bukan alasan nya , kerana rezeki datang nyew dr allah ... aku bangga dan terharu dgn keazaman suami yg ingin menyambung pelajaran demi meningkatkan taraf kehidupan kami ... aku berikan sepenuh sokongan kepadanya... isnin - jumaat haikal fokus kepada kerjayanya , sabtu & ahad haikal memberikan sepenuh tumpuan kepada pelajaran nya ... sebenarnya , kehidupan kami tidak lah terlalu susah & sukar ... gaji aku & haikal mampu menyara kos keperluan & kehendak hidup  ... bagi ku kehidupan sederhana ketika itu cukup mencukupi kerana aku masih gembira dan bhgia walaupun hidup secara sederhana ....

kesibukan haikal dgn kerjayanya di pejabat dan ditmbh pula dgn perihal pembelajarannya membuatkan dia tidak lagi memberikan perhatian kepada anak-anak & aku ... terbit rasa geram & kecewa kerana sikapnya yg terlalu mengejar cita-cita untuk naik pangkat ... namun ku tepis semua perasaan negetif itu  ... jgn ikot kn perasaan haikal sedang bertungkus lumus demi masa depan keluarga ku ( hatiku berdetik ) ... xptot aku berfikir yg bukan-bukan & tidak adil jika aku terlalu memikirkan perasaaan di hati berbanding menyelami bebanan melakukan tanggungjawab sebagai seorang suami , ayah , pekerja & pelajar .... AKU PERLU MEMAHAMI SUAMI !!!! ...

AKHIRNYA  setelah haikal berhempas pulas selama 2tahun , dia menggapai cita-citanya ... beberapa bulan kemudian , dia di naikkn pangkat & memperoleh gaji yg agak lumayan setiap bulan .... segala impian telah tercapai .... kini kehidupan kami bertambah stelah pendapatan haikal sudah cukup untuk kehidupan kami terjamin  seperti yg di mahukan oleh haikal ... namun tetapi mengapa aku tidak BERASA BAHAGIA ????? seperti sebelum haikal melanjutkan pelajaran nya ???  di hati kecil ku terasa kekosongan dan kehilangan ... setelah haikal di naikkan pangkat tanggungjawap di pejabat semakin banyak & haikal jarang berada di rumah ... apalah hal sgt dgn bebanan kerjaya yg bergaji besar  , jadi aku perlu memahami SITUASI SUAMIKU .... haikal skrg semakin gilakan wang & gilakan pangkat ... bagi haikal asalkan dia menjalankan tanggungjawab memenuhi keperluan di dalam rumah makan , pakai n lain-lain .... 

namun haikal sudah lupa betapa aku menderita dahagakan perhatian dan kasih sayangnya .... pernah hati kecil ku bersuarakn rasa hati namun haikal tidak ambil peduli .... YA ALLAH kepada mu aku memohon & dan kepada mu aku meluahkan rasa hati kecil ku ini , aku perlukan petunjukmu ... INIKAH YANG DIKATAKAN BAHAGIA YANG DI CARI ???? PERMATA YANG DI CARI ???? AKU BUNTU MEMKIKIRKAN KEBAHGIAAN KAMI .... BUKAN AKU TIDAK BERSYUKUR DGN APA YG DI MILIKI KINI ... TAPI " KEKAYAAN " DUNIAWI INI TELAH MERAMPAS KEBAHGIAAN YANG AKU DAMBAKAN .... YA ALLAH ... MMG AKU ADA WANG , ADA HARTA , suami berkerjaya hebat namun aku tidak bhgia ... sampai bila aku harus berada dlm keadaan ini .... aku sendiri pown tidak tahu .....


p/s : moral story jgn pandang kekayaan semata-mata .... kdg2 dgn  satu nikmat kekayaan itu , bila di sertakan dgn perasaan tamak ia akan memakan diri kita sendiri ... sertakan dengan sifat sederhana .... bertindak mengunakan akal ... jln cerita xder kne dgn sapa-sapa .... hanya nk tunjuk kn pengajaran di dalam nyew saja ..... #akuyangciptaakuyangpaham hihihihiiii .... 

KEBAHGIAAN TIDAK BOLEH DI BELI DARI WANG RINGGIT .... KEBAHGIAAN HANYA DAPAT DI RASA MELALUI SATU ANUGERAH YANG ALLAH ANUGERAH KAN IAITU " HATI " ..... :)


NURKILAN 
SHAHNOR LINA LYNN 
PABILA IDEA DATANG .... NURKILAN KEBERAPA XTAW ... SELAMAT MEMBACA ..

Selasa, 8 Julai 2014

remaja palestin di bakar hidup-hidup .... ya allah ....

RAMALLAH – Bedah siasat awal mendapati mayat remaja Palestin yang dipercayai diculik dan dibunuh pelampau Yahudi menunjukkan mangsa dibakar hidup-hidup, peguam negara Palestin dipetik sebagai berkata.

“Punca kematian adalah terbakar dan komplikasinya,” kata Mohammed Al-A’wewy dipetik sebagai berkata oleh agensi berita rasmi Palestin, Wafa, lewat kelmarin.

Ketegangan Israel-Palestin memuncak mendadak selepas tiga remaja Israel diculik pada 12 Jun dan kemudian ditemui mati di Tebing Barat. Ia diikuti dengan penculikan Mohammed Abu Khudair, 16, Rabu lalu di kawasan penempatan di Baitulmaqdis Timur. Mayatnya yang rentung ditemui beberapa jam kemudian dalam hutan di pinggir bandar raya itu.

Pengarah institut forensik Palestin, Saber Al-Aloul, menghadiri bedah siasat yang dilakukan doktor Israel di Tel Aviv.

Al-A’wewy berkata, Al-Aloul melaporkan debu kebakaran ditemui dalam saluran pernafasan Khudair bermakna mangsa menghidu bahan itu ketika dibakar hidup-hidup.

Kesan kebakaran sehingga 90 peratus dikesan pada mayat. Kepalanya luka. Contoh seperti cecair dan tisu diambil untuk pemeriksaan makmal lebih lanjut untuk melengkapkan laporan perubatan.

Pada majlis pengebumian Khudair kelmarin, penduduk Palestin yang marah melaungkan ‘Intifada! Intifada!’, menggesa kebangkitan baru menentang Israel. Batu dibaling ke arah polis Israel dibalas dengan gas pemedih mata dan peluru getah. – Reuters

Ahad, 6 Julai 2014

Ya Allah,,ampunilah dosa2 hamba,,, Ma'afkanlah bila hati tak sempurna mencintaimu dalam dada kuharap hanya dirimu yg bertahta,,

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa

Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu



Khamis, 3 Julai 2014

cinta agung

cinta , karya indah sang pencipta...di mulakan di syurga...
di rasukkan dalam jiwa ADAM & HAWA...
lalu di anak pinak kan ke  setiap jiwa...dengan kadar yang berbeza-beza...


cinta sebenarnya tidak buta...cinta adalah sesuatu yang luhur & murni dan di perlukan...
yang buta itu cinta yang menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan... 


CINTA & MENCINTAI @ DI CINTAI ITU ADALAH LUMRAH SIFAT KEJADIAAN MANUSIA...


Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri...



pilihan adalah bergantung kepada kita...jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnye di berkatikan
jika pilihan berdasarkan hawa nafsu pasti akan terhumban kelembah kehinaan...



jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya...sebab keelokkan parasnya akan menyesatkan..jangan tertarik kepada kekayaan nya...kerana kekayaan akan musnah.... 


tertarik lah kepada seseorang yang boleh membuatmu tersenyum...kerana hanya  senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah...






nurkilan :
... shahnor lina lynn ....

Rabu, 2 Julai 2014

hye, semua ....

       lama gilew tak tulis dekat blog nie .... hari nie baru teringat aku ader blog .... pasword pown loper dah .... belek punya belek akhir nyew dapat jgk msuk blog nie .... tp macam dah laen jew ... pening aku .... tp xpew .... mood kene ceria kan ....


          >>>>> happy kan diri anda semua <<<<<<




SELAMAT BERPUASA SEMUA NYEW .... 
>>>>> RAMADHAN 2014 <<<<







NILAI SEORANG SAHABAT

NILAI SEORANG SAHABAT
Adam: erm, aku rasa hari ini panas betul laa.. kau rasa?
Hawa: A’ah ler.. aku pon rasa cam tu.. tak taw kenape semakin hari semakin panas.. lau cam nie susah la..
Adam: kenapa pulak? Kau ada masalah ke kalau cuaca panas..
Hawa: Memey ar.. kau tengok muka aku betul-betul..
Adam: Apa kena dengan kau nie.. suruh aku tengok muka kau.. lau cantik yang asli tak per gak..
Hawa: Sebab tu la aku suruh kau tengok betul-betul, bengong!!
Adam: Alahai minah ni.. dah lah suruh orang, nie cakap orang bengong pulak.. spesis perempuan ape la dia ni..
Hawa: Ala.. tengok jer la.. lembab betul la kau ni..
Adam: (pakse2 org pulak) Ya ya,, aku tengok la ni..
Hawa: becareful okay..
Adam: Ya Allah!!.. Astaghfirullahal adzim…….
Hawa: kan betul aku cakap muka aku da gelap kan.. ni panas punya pasal la.. erm,, bila nk sejuk yer.. lau tau macam nie aku follow jer my dad pergi new Zealand.. xpayah susah2 cam ni kat sini.. haish3.. geramnyerrrrrrrrrrrrr!!!
Adam: Bukannya kau paling xsuka lau duduk ngan family? aku xperasan pon yang muka kau makin gelap..
Hawa: Daripada muka aku habis gelap, better aku pegi sana.. tp, lau my dad ajak la.. erm, habis tu..??? Ape yang kau perasaan???
Adam: muka ko penuh dengan jerawat la..pas tu ada bintik2 hitam lagi.. haish!! terkejut aku! Sebelum2 ni aku xperasan pon ade semua tu kat muka kau.. hehe.. mungkin sebelum ni kau buat muka palsu.. betul tak?? Baik ngaku,, lau tak………..
Hawa: mana ade,, selama ini muka aku original la.. xmain la wat muka palsu2.. not my style okay.. come on la.. lagi pon aku xberminat langsung nak buat pembedahan plastic tu…
Adam: sape pulak yang cakap kau buat pembedahan plastic tu?
Hawa: bukannya kau cakap muka aku sebelum ni muka palsu ke?
Adam: Memey ar,, tp aku xcakap pon kau ambik pembedahan tu……..
Hawa: maksud kau??? Aku…….. bukan diriku ………… aku xpaham la..
Adam: Maksud aku muka kau sebelum ni Nampak cantik sebab kau pakai make-up jer tebal-tebal.. the real is you are so ugly.. but, kalau kau jujur dengan diri kau macam sekarang ni.. you are so beautiful in real.. so beautiful!! Even kau ada jerawat tp.. kau xmenipu.. itu lebih baik .. and you have to wear baju yang sesuai.. sesuai dengan usia kau.. sesuai dengan diri dan agama yang kau anuti sekarang dan kasihanilah kedua ibu bapa kau..
Hawa: baju aku okay aper.. Nampak lagi macam baju .. nasib baik aku xpakai yang tutup yang wajib jer.. yang xwajib pon aku tutup sekali even sikit pon..
Adam: What!!!!!!!!!!!! Kau cakap ni pakaian yang sesuai?? Wey! Please la.. and mana kau tau yang tu jer yang wajib, ha? Kalau kau nak tau.. aurat perempuan ni seluruh tubuh badan kecuali tapak tangan dan muka jer.. kata pandai dalam agama.. spm dapat A.. tp, hukum yang senang cam ni pon kau tak taw..
Hawa: Ala .. relax ar bro.. yang kau ni tibe-tibe jadi macam ustaz ni kenape? Kau terserempak ape2 ke semalam bro? citer la.. erm,, aku tunggu nie..
Adam: A’ah .. aku terserempak dengan malaikat maut!
Haawa: oh.. I see.. patutlah jadi cam ni.. kenape dia xcabut nyawa kau terus jer.. senang sikit aku,, xpayah dengar ceramah kau pagi ni.. adanya aku meratapi pemergian seorang teman.. hakhakhakhak………..
Adam: Memey ar dia nak cabut nyawa aku .. tapi dia kata kasihan kan kawan kau tu.. dia tengah sesat dalam rindu.. jangan sampai tertutup pintu hidayah sudah.. so, sebelum aku cabut nyawa kau nasihat kawan kau dulu.. kata sahabat.. xkan kau nak tinggalkan kawan kau tu kat NERAKA jahanam tu.. perempuan pulak tu.. kat sane perempuan mmg bnyak…
Hawa: owh.. jadi cam tu cernya.. lau cam tu sia-sia jer la kau hidup.. hahhaahahah..
Adam: wey, aku serious la.. aku xsuka tengok kau cam ni.. please berubah la..
Hawa: sape kau nak suruh aku berubah? Even family aku xkisah pon.. yang kau kisah ape hal?
Adam: Aku bukan family kau la.. lau dorang xkisah .. aku kisah .. sebab aku sayangkan kau.. kau kawan aku.. aku xnak kau sesat dan terus hanyut dalam kesesatan..
Hawa: Tapi, kau rasa aku yang sekarang da tersesat jauh ke? Sampai kau cakap cam tu.. macam aku ni jahat sangat..
Adam: kau tak jahat.. just kau mangsa keadaan.. tp, kalau kau berusaha untuk berubah insyaAllah kau akan dapat merubah segalanya even Allah decide it.. Allah telah berfirman dalam surah Al-ra’dhu ayat 11 yang bermaksud Allah tidak akn merubah sesuatu kaum itu sehingga mereka berusaha merubah nasib mereka.. Jelas terbukti bahawa kita perlu berusaha jika kita nak merubah orang lain,, Diri kita perlu berubah dulu..
Hawa: sebenarnya,, aku dah lama da piker tentang hal ni.. aku tau ape yang aku buat salah.. tp, aku xberdaya untuk berubah.. sampai hari ini.. aku nak berubah tp,……………. Xde sape-sape pon yang nak sokong dan dukung aku.. semua xde yg care pasal aku.. kat rumah aku macam tunggul.. juga macam anak sebatang kara.. yang xde sape-sape.. semua xnak beri sokongan kat aku.. tolong la paham..
Adam: aku sokong kau! Aku dukung kau! Itu pon kalau kau nak berubah.. ke arah kebaikan.. nak menjadi lebih baik .. lau kau nak terus jadi cam ni aku xsokong sama sekali.. malah aku dah xnak tau ape-ape sal kau lagi.. kau tau tak? Aku penat tengok kau cam nie.. penat dan letih.. tambah dosa aku lagi ade la.. kau tau kan? Kalu kau sayang aku macam mana aku sayang kau.. please berubah.. kau xnak kan aku berat dengan dosa.. yang akhirnya neraka sebagai balasannya.. xkan kau nak bawa aku pergi ke neraka kot…….
Hawa: tak.. aku xkan ajak kau pegi sana,, lau aku nak pergi aku akan pergi sendiri.. tu pun lau terpaksa la..
Adam: Ape yang kau cakap kan ni.. mana ade orang yang terpaksa masuk neraka.. lau nak masuk sebab dia yang nak bukan kerana terpaksa okay.. tp, sebagai kawan aku xrela kau pegi sendiri.. lau kau nak pergi aku akn follow even kau xizinkan.. biarla kita same2 ,.. lau kite pilih neraka.. neraka la.. tp, lau kite pilih syurga.. maka syurga la destinasi kite.. so, skrg kau nak pegi mane.. dua pilihan yang amat berbeza tau.. kau pilih?
Hawa: hmm.. bodohla lau aku pilih yang bad kan.. so, aku pilih yang baik punyer… tp, aku xsure kalau aku boleh..
Adam: (aku da agak da.. mesti kau pilih yang betul) aku sentiasa ade disisi kau.. okay?
Hawa: okay, frens.. I hope too.
Akhirnya, mereka berubah ke arah yang lebih baik. Adam dan Hawa semakin mengenal erti kehidupan dan telah belajr banyak daripada pengalaman. Walaupun family Hawa masih bertaburan namun dia tetap tabah dan terus berusaha merubah suasana tersebut. Adam pula semakin matang dalam membuat keputusan.
Adam: (mana dia nie.. lambat betul .. dia tau tak aku nak jumpa kat sini)
Hawa: Assalamualaikum.
Adam: Waalaikumussalam.(terpegun campur terkejut, namun cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya). Silakan duduk.
Hawa: Terima kasih. Erm.. lama sudah kita tak berjumpa.. kan?
Adam: yaa.. sudah semestinya.. sekarang kau dah berubah .. aku bahagia untuk kau..
Hawa: aku pun sama.. terima kasih. Ini semua berkat kau jugak.. lau xde kau aku xtau la nak jadi aper.. kau memang kawan aku dunia akhirat. Kau juga selalu ada disaat aku susah mahupun senang.
Adam: kan aku dah pernah cakap .. aku sentiasa ada disisi kau.
Hawa: tp, yang pasti Allah yang sentiasa di sisi kita kan,, walau di mana kita berada.. yang jelas mahupun yang tersembunyi.. DIA maha mengetahui.
Adam: Syukran.. kau memang da banyak berubah.. so, lepas ni aku kena lebih berhati-hati ..
Hawa: kau pun sama.. da xmacam dulu.. da tau batas pergaulan..
Adam: kalau yang itu, dari dulu aku dah buat.. tp, serius aku bangga tengok kau cam ni.. bangga ada kawan macam kau sekarang ni..Alhamdulillah. and thanx sebab kau nak dengar nasihat aku masa tu..
Hawa: ini semua dah ketentuan Allah.. and aku juga berterima kasih sgt kat kau bab kau sudi berkwn dengan aku dan aku xtau ape nak jadi ngan aku lau aku xjumpa kau pada hari tu…
Adam: Bukankah ini semua adalah ketentuanNya.
Adam dan Hawa: hahhahhah(kedua-duanya ketawa)
Adam: erm, skrg kau buat ape jer??
Hawa: tengah belajar agama.
Adam: selain itu?
Hawa: lau skrg aku tengah jumpa dan talk with you.
Adam: hahahah.. kau memang la.. masih xberubah dengan lawak bodoh kau ni kan..
Hawa: Do I care? and…………. do anyone care?
Adam: I care!
Hawa: you!
Adam: Yes!
Hawa: please la..
Adam: that’s my word okay.
Hawa: yes, I know. But, you are really really…….
Adam: hmmm…
Hawa: nothing.
Adam: okay, fine.(smile)
Hawa: why are you smiling like that?
Adam: napew? Xselesa?
Hawa: yer!
Adam: okay, lepas ni bile aku bercakap dengan kau.. aku akan tunduk,okay? Deal.
Hawa: bukan cam tu la... Don’t misunderstanding okay…
Adam: Aku saje je nak test kau,, relax la.. tp, nampaknya kau memang dah jadi muslimah sejati la... erm, so family kau skrg cam ne?
Hawa: macam biasa la.. masih tak berubah lagi..
Adam: kau bawak banyak2 bersabar yer.. anggap itu sebagai ujian.. Allah sayang kau sebab tu Allah bagi ujian .. so, ape yang kau perlu lakukan sekarang..just be patient, be more.. okay?
Hawa: okay.. kau memey ar.. tp, kau memang kawan aku, seriously. Dan kau tau tak kau la nilai seorang sahabat bagi aku. Thanx a lot.
Kedua-dua mereka akhirnya tersenyum bersama-sama. Beberapa minit kemudian, mereka berlalu pergi meninggalkan restoran tersebut.


p/s : kepada kwn2 yg saya syg jika saya ader wat salah teguq r yea... :)